RSS

Campak bayi dalam gaung

Shah Alam: Seorang dalang agensi pembantu rumah haram dikesan memandu kereta sejauh lebih 80 kilometer sebelum mencampak mayat bayi lelaki ke dalam gaung sedalam lebih 70 meter di kilometer (KM) 3.2 Jalan Genting Highlands, Pahang, Sabtu lalu.
Dia yang berusia 41 tahun disyaki membungkus mayat bayi terbabit menggunakan plastik sebelum menyumbatkannya ke dalam beg pakaian bagi mengelakkan mangsa ditemui. 
Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata, perbuatan suspek terbongkar selepas polis menerima aduan daripada ibu mangsa berusia 33 tahun berhubung kehilangan bayi lelakinya itu yang sudah berusia enam bulan. 

Menurutnya, mangsa mendakwa bayi itu hasil perbuatan terkutuk seorang daripada rakan suspek yang merogolnya, Mac tahun lalu.
“Kehilangan bayi itu hanya disedari Sabtu lalu apabila ibu mangsa menerima panggilan rakan serumahnya mendakwa anaknya sudah meninggal dunia. Dia menghubungi suspek untuk menanyakan keadaan bayinya itu, namun suspek mendakwa sudah menyerahkan kepada individu lain.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

wiwilala berkata...

macam-macam berlaku skang nie...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...